Sinopsis Gila-Gila Pengantin Popular

Zul (Saiful Apek) seorang tauke durian yang memiliki kebun durian, dia bertunang dengan Fatimah(Linda Nanuwil) , Irma anak yatim, dia dibesarkan oleh neneknya, Temah dan bapanya yang pekak, Sarip. tetapi disebabkan Fatimah terpilih mengikuti program realiti Akademi Idola, dia dipaksa oleh Herman(Norman Hakim) memutuskan ikatan pertunangannya dengan Zul.

Zul yang kecewa cuba bangkit semula dengan Sheera(Erra Fazira) yang disingkir dari produksi Akademi Idola merekrut Zul dan membawa masuk Mala(Nora Danish) - jurulatih senamrobik dan Awi(Afdlin Shauki) - bekas penyanyi rock popular.

Zul dan Irma Fatima dipertemukan dalam konsert, satu kejutan dilakar Zul dan Fatima bakal melangsungkan pernikahan secara langsung di konsert itu tetapi terhenti kerana Zul pengsan dan dia didapati positif dadah.

Rupa-rupanya Awi yang memasukkan dadah ke dalam minuman Zul. Awi kecewa kerana gagal memulihkan karier nyanyian nya yang malap.

Herman, cuba sedaya upaya meracuni fikiran nenek Irma, Temah (Afida Es) supaya dia mempengaruhi Irma untuk berkahwin dengannya.

Majlis akad nikah Irma dan Herman disabotaj di saat akhir oleh Sheera dan Awi bersama para wartawan. Zul muncul dan berlaku perebutan antara mereka. Undi penonton diperlukan untuk menentukan siapa yang layak menjadi suami Irma. Zul menerima undi 85% dan Herman 15%.

Zul akhirnya membatalkan hasratnya dan memilih Mala sebagai isteri. Zul tidak mahu menghalang perjalanan karier Irma dan mahu meneruskan kehidupannya yang asal di kampung.